18 March 2017
Hollaaaaa, selamat malam 💕
Tetiba harini rasa macam rajin ciked nak tulis balik dekat blog hehe . Nak tulis pasal
.
.
.
.
.
ABAH 👨
To be honest, I love you so much abah. The only man who never hurts me before. The only king to my heart 👑❤
Well said, aku memang rapat dengan abah sebab masa aku kecik kecik dulu ibu selalu smackdown aku ( sebab aku degil, taknak dengar cakap, selalu buat perangai, orang cakap satu aku cakap lima, kuat merungut, suka melawan cakap dan lelain perangai syaitan yang sememangnya hanya ada dekat aku sorang je, abang aku takde pun perangai tu semua. sebab tu, ibu sayang abang lebih dari aku. abang pandai ambil hati ibu berbanding aku 😌 )
Reasons why I should love my dad forever is, apa je aku buat dia selalu support ( kecuali bab couple 😭 ) dia tak pernah bantah. Apa je aku nak semua dia bagi even itu diluar aspek keperluan asas. He never ever tangankan aku. 19 tahun hidup, aku rasa ada la sekali dua je abah tinggikan suara dengan aku tapi tu pun sebab salah sendiri, sapa suruh dari kecik kuat melawan, kuat buat perangai, kuat merajuk.
Benda paling aku tak expect , bila result aku tak okay ( any result jelah ) dia takkan bising and aku macam 'okay yeay tak kena marah' 😂 Rupa rupanya dia bising dekat ibu, no wonder hidup aku aman je rupanya dia lepas dia punya marah dekat orang lain. Sorry ibu for that.
Abang cakap, abah takpernah marah aku selama ni, sebab at the end aku je yang boleh bagi abah happy, aku je yang abah banggakan. Memang salah la kalau sapa marah aku, silap hari bulan boleh kena marah balik. Abang cakap, abah sayang aku lebih dari abah sayang dia, sebab abah nampak aku je boleh pegi jauh even aku kuat memain. Abang selalu cakap abah beza bezakan kasih sayang antara anak dia.
Hahaha tak bang, kau salah.
Abah sayang anak anak dia. Ye, maybe cara layanan abah kadang nampak tak adil tapi sebenar benarnya abah sayang je kita dua. Memang kau nampak abah lebihkan aku, sebab dari kecil aku takpernah la bila aku minta apa apa, aku tak dapat. Aku dah biasa dari kecil dapat apa aku nak, so bila aku takdapat apa aku nak, abah tahu aku akan bising, aku akan buat perangai. Sebab tu abah sentiasa usaha untuk penuhi apa yang aku nak, asalkan aku duduk diam, takbuat perangai and tak susahkan orang lain.
Aku rasa sebab tu abang selalu cakap abah beza bezakan kitorang.
Jangan la cakap, 'kau pandai sebab tu abah sayang kau lebih'. Hahaha aku mungkin pandai dalam pelajaran, tapi aku bodoh akhlak bruh. Aku pun ada baik buruk aku. Kau pandai lah, sapa cakap kau takpandai. Kalau kau takpandai, kau takkan convo la, kau takkan ada life yang happy mcm sekarang lah bang.
Abah sayang semua anak anak abah 💕
Comments
Post a Comment