08 April 2016

Hai. Morning. Assalamualaikum ✨
Dah seminggu dalam bulan April baru harini sempat nak tengok blog 💦 Kalau tak, setiap pagi ayer busy, pagi ni alhamdulillah ada masa lapang ciked. Ciked jewp sebab petang nanti ada hal lain dah 😉 (rutin wajib setiap hari jumaat)

2nd April ritu dapat tawaran kptm. Aku sorang je gila sebab dapat sampai tiga tawaran 😌 Hahaha mahu tak nya. First dapat dekat Gua Musang then minta tukar ke Bangi pastu last last abah kluarkan arahan kena study dalam Kedah, je so terpaksalah minta tukar ke KPTM Alor Setar. Kalau jalan kaki dari rumah tok, tak sampai 30 minit pun sampai kptm. Hahaha 😅 Nampak dah sapa yang lepas sem dua balik duduk rumah tok jewp, takpayah sewa rumah dekat luar dah, makan pun free jewp hahaha 😂

Tbh, aku ok gila bila dapat dekat Kelantan. Tapi ibu dengan abah memang tahap taknak lepas langsung. So aku cam 'Bangi boleh bangi?' Lepas tu diorang cakap okay. Then tetiba esoknya diorang ubah fikiran. Diorang cakap 'minta tukar ke alor star lah' dan aku dengan hampanya hanya mampu menangis dalam hati 😢 Niat aku nak kluar jauh dari sini, semua hancur. Mungkin sebab niat aku salah, so Allah taknak tolong aku. Aku niat nak keluar jauh dari sini sebab aku nak lupakan Azwan, aku nak cari ketenangan. Aku nak hidup tanpa sesiapa yang aku kenal. Hahaha takpalah. Hope ada lah any tawaran yang jejauh. Sebab stay sini sakit, so aku nak sangat kluar jauh dari sini 😊

Abah cakap, aku kan selalu sakit so kalau aku sambung dkt Alor Star, at least ada ucu, ada angah untuk jaga aku. Kalau aku sakit diorang boleh tolong. Kalau aku sambung dkt bangi, cam jauh sangat dari semorang. Kalau sakit cenna? Terus aku cam , hmmm yelah . Abah tahu, aku takkan melawan kalau cakap pasal 'sakit' sebab aku memang jenis selalu sakit. Tengok dah la, sebulan conform ambil ubat itu ubat ini sampai taklarat nak bawak ubat tu sebab banyak sangat 😅 hahaha sabar sabar 👌

Abang pulak pujuk 'kalau adik sambung bangi atau gua musang atau melaka sekali pun, abah tak kasi kereta dekat kau dik. Tapi kalau kau sambung dekat alor star, percaya cakap abang, nnti abah kasi kereta dekat kau. Abah sayang gila la dekat kau. Sekarang abah dengan ibu ada kau je, kalau kau stay jejauh, sapa nak jaga diorang? Abang dh stay sini, adik tak kesian ke dekat ibu dengan abah'
Sebenarnya aku tersentuh part diorang ada kau je. Hahaha pandai abang aku main ayat 😔

Yelah stay Kedah 😭

Comments

Popular posts from this blog

16 April 2016