12 March 2016

Assalamualaikum 🐣
Baru lepas balik dari karnival selangkah ke uitm 😌
Takpalah, kali ni kita mengalah. Letak jauh jauh jap ego yang setinggi Gunung Kinabalu tu :')
Kali ni, kita dengar cakap ibu dan abah ya Sha. Ikut pilihan diorang even jauh tersasar dari apa yang diri kita impikan (( bukan setakat jauh tersasar tapi bersimpang ke haluan lain dah ni 😢))
Takpa, impian kita tak sepenting impian ibu dan abah. Impian/harapan kita hancur tak apa, asalkan harapan/impian ibu dan abah tercapai dan takhancur berkecai untuk kali ke berapa ntah 🍃
Takpa, hati kita tak sepenting hati ibubapa kita yang dah susah payah besarkan kita. Diorang lagi penting. Diorang berhak atas kehidupan kita 😊
Moga dipermudahkan 💞

Sokay ibu, org sanggup ikut apa ja cakap ibu dengan abah kali ni, asalkan ibu dengan abah happy. Takpa la, takdapat jadi apa yang org nak pun takpa, org tak kisah dah. Rezeki ada dekat mana mana, in shaa Allah. Org nak sangat keredhaan ibu dengan abah kali ni, org dah jauh sebenarnya dari redha ibu dan abah. Org banyak susahkan ibu dengan abah tapi org still buat buat tak sedar dan still taknak mengaku kesalahan sendiri 👉👈

Tbh, hati mana yang tak tersentuh bila ibu bapa sendiri asyik salahkan diri memasing bila anak dapat result hampeh. Padahal anak ni, dulu sibuk sangat ke hulu ke hilir bercinta. Allah je tahu apa aku buat selama ni. Terlalu pentingkan dunia dari segalanya. Terlalu ikut terlalu sayang pada manusia yang aku sebenarnya dah boleh agak, dia akan tinggalkan aku suatu hari nanti. Tapi ntah kenapa, hati aku still nak dengar cakap dia, nak sentiasa ada dengan dia.

But, alhamdulillah sangat sebab lepas dapat result, Azwan buat perangai. So aku rasa still ada masa untuk berubah. Untuk bagi ibu, abah happy balik. In Shaa Allah 😊
Masa untuk cari redha Allah dan bukan bahagia dunia sahaja 🙈🙉🙊

Comments

Popular posts from this blog

16 April 2016

08 April 2016